Pelawat
Bagaimana mendaftar
PERMOHONAN LESEN BARU DAN MEMBUKA CAWANGAN
A.PERMOHONAN LESEN
1.Cara Memohon.
1.1Seseorang yang ingin memohon untuk mendapatkan lesen agensi pekerjaan swasta hendaklah mengisi borang permohonan lesen(borang 1).
 Borang permohonan ini boleh diperolehi di pejabat-pejabat Jabatan Tenaga Kerja di seluruh Malaysia atau muat turun borang di laman web
 www.mohr.gov.my
1.2Setiap borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap beserta dengan dokumen-dokumen sokongan yang diperlukan dan dikemukakan
 kepada Ibu Pejabat jabatan Tenaga Kerja seperti alamat dibawah:
 Ketua Pengarah
 Jabatan Tenaga Kerja
 Kementerian Sumber Manusia
 Aras 5, Blok D3, Kompleks D
 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
 62530 Putrajaya
Nota: Permohonan akan diproses dalam tempoh satu bulan dari tarikh ianya diterima lengkap.
 
2.Syarat-syarat Permohonan.
2.1 Syarat-syarat untuk memohon lesen adalah seperti berikut:-
a.Syarikat Sendirian Berhad atau Syarikat Berhad yang diperbadankan diMalaysia dibawah Akta Syarikat;
b.Nama Syarikat hendaklah didahului dengan perkataan (Agensi Pekerjaan);
c.Modal berbayar syarikat sekurang-kurangnya RM 50,000.00;
d.Bagi permohonan yang tidak menggunakan perkataan (Agensi Pekerjaan) diawal nama syarikat hendaklah mempunyai
 modal berbayar sekurang-kurangnya RM 500,000.00;
e.Setiap ahli lembaga pengarah dan/atau pemegang saham syarikat mempunyai rekod berkelakuan baik dan bukan seorang bankrup;
f.Setiap ahli lembaga pengarah dan/atau pemegang saham syarikat berumur tidak kurang dari 21 tahun pada
 masa permohonan diterima;dan
g. Majoriti saham dalam syarikat hendaklah dipegang oleh warganegara Malaysia.