Pelawat
SOALAN LAZIM
1)  
Q:Adakah agensi saya boleh menggunakan sistem ini tanpa berdaftar atau mempunyai lesen dari Jabatan Tenaga Kerja(JTK)?
A:Hanya Agensi yang mempunyai lesen dari Jabatan Tenaga Kerja(JTK) sahaja boleh menggunakan sistem ini.
 
2)  
Q:Bagaimanakah caranya untuk agensi saya mengiklan jawatan yang ditawarkan oleh syarikat yang menggunakan khidmat kami melalui sistem ini?
A:Agensi anda perlu mendaftar sebagai majikan dan nama pengguna serta katalaluan akan diberi untuk log masuk ke dalam sistem
3)  
Q:Bolehkah agensi saya menghantar laporan bulanan secara manual melalui jadual yang telah ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Kerja(JTK).
A:Pada peringkat awal sistem ini , agensi tuan dikehendaki mengemukakan laporan pendaftaran, penempatan dan kekosongan jawatan secara online dan secara manual (bagi tujuan pengesahan ke Jabatan Tenaga Kerja(JTK)berdekatan).
4)  
Q:Agensi saya telah mempunyai kebenaran Endorsan dari Jabatan Tenaga Kerja(JTK), adakah perlu mengemukakan laporan kekosongan yang ditawarkan oleh negara penerima melalui sistem ini?
A:Ya. Laporan kekosongan yang ditawarkan hendaklah dihantar ke Jabatan Tenaga Kerja(JTK) melalui sistem ini bagi tujuan membantu pencari kerja yang berminat untuk bekerja di luar Negara.
5)  
Q:Jika saya berminat untuk bekerja di luar Negara, bolehkah saya mendaftar di JobsMalaysia?
A: Boleh, anda boleh mendaftar di Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara yang terdapat di Jabatan Tenaga Kerja(JTK) seperti di Cyberjaya, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
6)  
Q:Sebagai sebuah agensi pekerjaan yang mempunyai kebenaran Endorsan dari Jabatan Tenaga Kerja(JTK), bagaimanakah caranya untuk mendaftar pekerja tempatan yang bekerja di luar Negara?
A: Setelah log masuk ke dalam sistem ini, anda perlu memilih pautan permohonan Pusat Pengurusan Pekerja Malaysia Luar Negara (MOEMC) dan isi maklumat yang diperlukan.
7)  
Q: Sekiranya saya telah tersilap memasukkan maklumat laporan bulanan, adakah saya boleh mengubahnya?
A: Tidak boleh. Anda perlu menghubungi atau memaklumkan kepada Jabatan Tenaga Kerja(JTK) terdekat tentang kesilapan maklumat tersebut.